Thursday 29 March 2012

♥Aku Tinggalkan Cintaku Demi DIA♥

"Aku Tinggalkan Cintaku Demi DIA"..


Sukarnya hati membuat keputusan untuk memilih antara cinta manusia dengan cinta Allah. Bukan bermakna tidak mencintai Allah, cuma hati tidak kuat untuk menghadapinya. "Saya mahu clash!!"Kata-kata keramat yang amat susah untuk kita luahkan pada insan yang sudah mula bertakhta di hati. Lebih-lebih lagi bila hubungan itu sudah lama terjalin. Tapi kita sering lupa hubungan yang terjalin antara kita dan Allah lagi lama sebelum kita dilahirkan lagi. SuhanaALLAH!!Saat kita mendambakan cinta seorang makhluk, ada YANG MAHA HEBAT sedang mencintai kita. Oleh kerana asyik mengejar cinta sesama makhluk, kita terkadang terlupa tentang masyuknya bercinta dengan YANG MAHA PENYAYANG iaitu ALLAH S.W.T. Yang dapat memberi kita kebahagian bukan saja didunia malah di akhirat sana.  

"Tapi saya terlalu sayangkan dia.." Bohonglah saya cakap jika hubungan yang kalian bina tiada kasih sayang. Cuma kasih sayang ditumpahkan pada tempat yang salah dengan cara yang tidak betul. Jika kalian menyayangi pasangan masing-masing dengan begitu hebat, cuba bayangkan kasih sayang ALLAH pada kita. Cuba lihat di sekeliling kita. Apa lagi yang kurang?? Semua nikmat yang kita peroleh hasil daripada CINTA dan KASIH SAYANG-NYA. Tapi apa yang kita peroleh daripada cinta manusia yang tidak bersandarkan padaNYA?? 


Kuatkanlah dirimu wahai sahabatku. Kutahu agak sukar kalian untuk membuat pilihan. Tetapi percayalah dengan pilihan yang telah kalian lakukan. Jika Allah yang kalian pilih, maka kalian akan memperoleh cinta yang kekal abadi..Tapi jika cinta tak halal yang menjadi pilihan, Allah tidak rugi apa-apa, bahkan kita yang menanggung kerugian. Bila kalian memilih untuk meninggalkan cinta si dia, usah ragu dengan pilihan kalian kerana itulah pilihan yang terbaik dikurniakan oleh ALLAH untuk hamba-hambaNya yang terpilih. Yaa!!kalian adalah insan terpilih. Teruskan dengan keputusan kalian.

"Saya bimbang jika diri tak kuat" Kita semua memang hamba yang lemah dan tidak kuat. Kita tidak mampu untuk menjaga hati kita sendiri. Tapi tak bermakna kita harus membiarkan kelemahan kita itu sebagai alasan untuk kita membenarkan segala yang salah. Kekuatan harus dibina dan dipupuk bukannya kena tunggu dulu, baru kekuatan bisa mengalir. Duhai saudaraku sekalian, selamilah hati dan kenalilah hati kalian. Apakah tujuan ikatan yang sedang kalian nikmati. Jika demi menuju redhaNYA, Alhamdulillah. Tapi jika berlandaskan nafsu semata-mata, nauzibillahi minzalik!!



Kepada rijjal, jika nisa memilih jalan untuk meninggalkanmu demiNya, berterima kasihlah kerana dia menyelamatkanmu daripada terheret ke lembah kehancuran. Jangan pula kalian menyalahkan nisa dan melontarkan kata-kata yang bisa menggoyahkan keputusan nisa. Jangan pula kalian menghamburkan kata-kata yang keterlaluan demi menggambarkan perasaan kalian yang tidak keruan. Buat Nisa, jika rijjal lebih memilihNya daripadamu, bersyukurlah! Kerana bukan senang untuk seorang Rijjal melepaskan seorang bidadari sepertimu melainkan kerana takutkan Allah S.W.T. Janganlah pula kalian bermandi air mata darah, kerana kita manusia yang tidak layak untuk ditangisi. Sebaiknya alirkanlah air mata demi meraih CINTA-NYA yang SUCI lagi HAKIKI..




Semoga dengan pilihan yang diambil oleh kalian, insya'allah mendapat gantian yang lebih baik daripada ALLAH S.W.T. Amin..

ps:-sahabatku, aku yakin dirimu kuat!Dia tidak layak untuk ditangisi..Ingat, Aku kan sentiasa bersamamu dan yang paling penting Allah tidak pernah meninggalkanmu walau sesaat..Jadilah mawar yang penuh duri agar duri itu sentiasa melindungmu. Jangan pula dibuang duri-duri yang ada..

~untuk menjadi yang terbaik masih belum kumampu, namun kucuba sedaya upaya.

~✿ Pergilah Cinta ✿~



بسم الله الرحمن الرحيم
 


Pergilah cinta..
Hadirnya cinta hanya memberi gundah
Mengundang jiwa menjadi gelisah
Membuat hati yang tenang jadi tak tenteram
Membuahkan penyakit dalam diam
Menjadikan kita sakit dalam sihat

Pergilah cinta..
Walau terkadang hati berbunga riang
Namun nestapanya tetap ada
Menyesakkan dada dengan pelbagai gambaran
Hati menjadi sakit dek penangan cinta
Kenapakah mesti aku jatuh cinta?
Pergilah cinta..
Tidak mahu hati ini diasak dengan cinta
Cinta yang belum pernah pasti kesudahannya
Hati ini tidak menginginkannya
Jangan diketuk hati kosong itu dengan cinta
Kerana cinta boleh membuat hati merana!

Pergilah cinta..
Walaupun cinta itu fitrah
Tidak mahu hati ini dikotorkan dengan cinta
Cinta yang hanya dipenuhi nafsu dan angan-angan
Yang tidak tahu kemana hala
Yang hati ini mahu cinta daripadaNya..

Pergilah cinta..
Hati ini belum bersedia untuk menerima cinta
Jangan pernah sesekali diketuk hati ini
Kerana hati ini tidak rela untuk diisi oleh cinta
Hati ini mahu diisi dengan cahaya cinta yang hakiki
Yang datang daripada kalam-kalam suci daripadaNya..

Pergilah cinta..
Pergilah cinta manusia..
Pergilah cinta manusia adam..
Pergilah cinta manusia hawa..
Bukan saatnya lagi untuk kamu datang
Kerana tidak mahu kelazatan cintaku bersamaNya terhapus!

Ya Allah, 
jangan pernah kau izinkan hati ini 
mencintai sesiapa pun..
Sebelum tiba kadar waktunya..
Dan jangan pernah kau
Jeratkan kasih anak Adam
Terhadap diriku kiranya belum tiba masanya..
Aku ingin menuntut cinta yang suci dariMu Tuhanku..
Sesudah itu, aku menerima sesiapa saja 
Yang Kau ciptakan untukku.

Sunday 11 March 2012

♥♥~Cintailah Aku Kerana Allah~♥♥



░░(¯`•..(۞).•´¯)♥♥ ░░Wanita yang comel 
Wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

░░(¯`•..(۞).•´¯)♥♥ ░░Wanita yang sweet 
Wanita yang banyak diam dengan lelaki ajnabi.

░░(¯`•..(۞).•´¯)♥♥ ░░Wanita yang romantik 
Wanita yang mengharapkan cinta dari Allah.

░░(¯`•..(۞).•´¯)♥♥ ░░Wanita yang charming = 
Wanita yang sering mengingatkan lelaki tentang cinta Allah

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ~SEMENTARA IBU MASIH HIDUP~ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ


INILAH MASANYA

JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU

CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU

KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIHMU

YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU.


CINTAILAH IBU SEKARANG

SEMASA IBU MASIH HIDUP

USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI

KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN

DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI

JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU.


TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG

JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI

SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR

KERANA KITA DIBATASI KELEMAHAN

OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU

WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU

LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG

SEMENTARA IBU MASIH HIDUP

AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYAYANGI
PERMATAHATINYA YANG AMAT DIA CINTAI.

~✿ "Wahai orang tampan! ~✿



Hayati kisah dibawah, amat menyayat hati dan rasa terharu
Mudah-mudahan kita tergolong  dalam golongan beruntung di hari pembalasan.
Insyallah
Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang
hilang,Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya
telah hilang dari diri seseorang.
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf
di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir:
"Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu
berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya
Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya
Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke
belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan
yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,
kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu
dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad
Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu
bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum,"
jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah
melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku
inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
>
"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk
mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
>
"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang
beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari
Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!"
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu
pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan
atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata
orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"
Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,'
jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan
kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa
kedermawanannya!'
>
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi
seraya berkata:
>
"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga
Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak
akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua
kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya
orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut, la lalu menangis
kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "

(Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia)

~Damai Dalam Pelukan Ibu~(Wajib Membacanya)



 Ibu seorang pelajar datang berjumpa suatu petang. Katanya anak perempuannya tidak pulang ke rumah. Setelah disemak kedatangannya dengan guru kelas didapati dia juga tidak datang ke sekolah. 
Ibu itu menangis di hadapan saya. Dia seorang ibu tunggal. Suaminya entah sudah hilang ke mana. Oleh kerana kesempitan dia terpaksa membuat pelbagai jenis kerja untuk menyara hidup dan menanggung dua orang anaknya yang sedang bersekolah.
Anak sulungnya seorang perempuan yang sedang belajar di Tingkatan Dua. Anak keduanya seorang lelaki yang sedang belajar di sekolah rendah. Anak perempuannya yang tidak pulang ke rumah.
Saya kenal akan pelajar ini kerana pernah dirujuk kepada saya atas masalah ponteng. Dia pernah didenda, dan diberikan nasihat. Pelajar ini agak cantik tetapi tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas.
Ibunya memberikan beberapa nama pelajar lain yang sering kali bersamanya. Dia meminta saya mencari anaknya. Dia sangat bimbang akan keselamatan anaknya kerana sudah semalaman tidak pulang ke rumah.
Setelah berbincang dengan pembantu saya, kami keluar mencari pelajar yang hilang. Kami mencari di bandar, di tempat-tempat hiburan dan di taman-taman. Akhirnya berjaya juga kami menemui pelajar tersebut bersama seorang pelajar lain sedang bermain buaian.
Mereka tidak lari melihat kedatangan kami dengan bas sekolah. Mereka juga tidak kelihatan takut. Mereka penat dan seolah-olah hilang arah tuju. Kami membawa mereka kembali ke sekolah.
Secara berasingan kami betemu dengan kedua-dua orang pelajar sekembali ke sekolah. Oleh kerana permintaan ibunya, saya memilih untuk menyoal pelajar Tingkatan Dua tadi. Kami berbual agak panjang. Saya tidak marah kepadanya kerana tidak pergi ke sekolah tetapi cuba mendapatkan cerita sebenar di sebalik tindakannya itu.
Dia tidak banyak bercakap pada mulanya. Tetapi apabila soalan yang sama tetapi ditanya dengan pelbagai cara akhirnya dia terperangkap dan rahsia terbongkar sedikit demi sedikit. Dia keluar bersama teman lelakinya. Mereka berdua-duaan dalam kerete di tepi pantai. Sebelum subuh mereka kembali ke rumah teman lelakinya. Ibu bapa lelaki itu sudah tidur. Mereka tidur bersama.
Itulah pengakuannya setelah hampir sejam kami bercakap. Dia tahu dia telah melakukan kesalahan dan tidak berani pulang ke rumah kerana tidak mahu menghampakan ibunya. Dia sayang dengan ibunya dan mengharapkan kasih sayang tetapi ibunya terlalu sibuk mencari nafkah.
Dia faham akan tanggungjawab dan pengorbanan ibunya terhadap dirinya dan juga adik lelakinya. Dia juga sedar betapa tinggi harapan ibu kepadanya. Dia anak sulung. Dialah yang diharapkan akan dapat belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berjaya.
Namun apakan daya, sebagai seorang gadis meningkat remaja dia juga mengharapkan kasih sayang daripada ibu bapanya. Bapanya sudah menghilangkan diri entah ke mana sejak dia masih kecil. Ibunya sekadar dapat memberikan keperluan material kepadanya.
Bentuk kasih sayang yang dapat diberikan oleh ibunya adalah sekadar keperluan asas. Pengorbanan ibu untuk anak-anaknya sebenarnya lahir daripada kasih sayang yang amat mendalam. Tetapi anak kecil yang membuat perbandingan dengan orang lain, dengan kawan lain, dengan keluarga lain yang lebih bahagia, merasa kecil hati dengan apa yang apa pada dirinya.
Meminta seorang gadis muda berumur 14 tahun untuk menerima realiti hidup pada usia yang terlalu muda amat kejam. Dia tidak dapat menerimanya. Lalu dia mencari kasih sayang daripada kawan-kawannya, dan berakhir dengan teman lelakinya.
Apabila sudah terlanjur dengan perbuatan diri sendiri ditambah dengan kesempatan yang diambil oleh teman lelakinya, penyesalan sudah terlambat. Apa lagi yang boleh dilakukannya?
Saya sedar dan turut bersedih akan perasaan dan apa yang menimpa dirinya. Saya bertambah sedih memikirkan perasaan ibunya apabila diberitahu keadaan yang sebenar. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana reaksinya nanti.
Tetapi apa lagi pilihan yang lebih baik yang ada untuk kami jika tidak memberitahu perkara ini kepada keluarganya? Nasi sudah jadi bubur. Setelah berbincang dengan pembantu saya dan setelah mendapatkan nasihat daripada pengetua kami, kami mengambil keputusan untuk menelefon ibunya.
Pada ketika itu sudah hampir jam tujuh malam. Semua guru dan pelajar sudah pulang meninggalkan sekolah semenjak jam 6 petang lagi. Hanya kami berempat sahaja yang masih tinggal di sekolah.
Sebentar kemudian ibunya datang dengan seorang lagi ahli keluarga lain yang tidak kami kenali. Dengan hati yang berat kami memaklumkan apa yang kami dapati daripada siasatan kami. Ibunya terkejut besar mendengar apa yang kami katakan.
Kedua beranak itu terus memeluk satu sama lain dan mula menangis. Tugas kami terpaksa dihentikan setakat itu sahaja. Kami tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga mereka. Mereka terpaksa mencari penyelesaian yang terbaik.
Beberapa hari kemudiannya kami dimaklumkan pelajar tersebut telah meminta untuk berhenti sekolah. Teman lelakinya sanggup mengahwininya setelah sedar bahawa jika dia tidak mahu bertanggungjawab dia akan dihukum merogol gadis bawah umur.
Apa yang boleh kami lakukan sekadar mendoakan semoga mereka bahagia. Tetapi doa kami tidak kesampaian. Belum sampai setahun mereka berkahwin mereka telah bercerai. Pelajar perempuan berumur 14 tahun tadi menjadi janda dalam sekelip mata. Teman lelaki atau bekas suaminya terlepas daripada sebarang pendakwaan undang-undang.
Bayangkan masa depan seorang gadis dihancurkan begitu sahaja apabila tersilap langkah. Bayangkan betapa hancurnya hati ibunya yang banyak berkorban untuk anaknya. Menanggung malu barangkali perkara yang kedua tetapi apabila masa depan seorang anak dimusnahkan begitu sahaja bukanlah senang untuk diterima oleh seorang ibu tunggal.
Apa yang terjadi sudah terjadi. Tiada gunanya kita persalahkan sesiapa kerana yang hilang tetap sudah hilang. Tetapi siapakah pula yang akan menjadikan kejadiaan ini sebagai teladan kepada ramai lagi anak-anak muda yang sedang menjejak kasih yang tidak mungkin? Siapakah yang akan memastikan bahawa perkara yang sama tidak berlaku lagi pada anak-anak yang lain?
Biarpun peristiwa ini sudah lama berlalu tetapi apa yang berlaku masih jelas dalam ingatan saya. Ia menyentuh hati saya dengan begitu mendalam sekali. Saya cuma sedar apabila sesuatu yang buruk berlaku biar apapun yang kita lakukan kita tidak dapat mengubahnya.
Biarpun kita sering memberikan nasihat dan memberikan peringatan, sebelum seorang benar-benar terjerat dan terperangkap dalam rasa ingin tahunya sendiri, dia tidak akan dapat memahami betapa nasihat seorang guru atau ibu bapa begitu penting.
Anak-anak muda yang sedang meningkat remaja biasanya terlalu mudah untuk dipengaruhi. Tanpa hubungan yang rapat di antara anak dengan ibu bapa pada waktu ini, satu kesilapan kecil sahaja mungkin membawa padah yang terasa sehingga seumur hidup.
Berapa hari yang lepas apabila saya mengunjungi sebuah syarikat kerana urusan pekerjaan. Salah seorang kakitangan di sana mengecam saya. Katanya dia pernah berjumpa dengan saya beberapa tahun yang lepas. Saya memerhatikan wanita tersebut beberapa ketika tetapi saya tidak dapat mengingati sama ada saya pernah berjumpa dengannya atau tidak.
Dia kemudian memberitahu saya bahawa dia pernah berjumpa dengan saya semasa saya menyampaikan satu ceramah motivasi kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR. "Cikgu Leelah yang best," katanya. Merah muka saya dipujinya.

Dalam sesi motivasi tersebut saya menekankan pentingnya ibu bapa menjalinkan hubungan yang mesra biarpun anak-anak mereka meningkat remaja. Adalah menjadi kebiasaan anak-anak remaja lebih suka berkongsi masalah dengan rakan sebaya mreka.
Bagi saya ibu bapa harus mengambil tahu apa yang anak-anak mereka lakukan di sekolah dan juga di luar rumah. Jika ibu bapa kurang mengambil tahu dengan alasan sibuk maka hubungan mereka dengan anak akan menjadi renggang.
Anak-anak akan beranggapan ibu bapa mereka semakin hari semakin tidak memahami perasaan mereka. Ini secara tidak langsung memaksa anak-anak kita mencari sahabat lain dan mendapatkan kasih sayang yang mereka perlukan daripada orang lain.
Saya juga mencadangkan bahawa salah satu cara untuk merapatkan hubungan di antara anak dengan ibu bapa ialah dengan cara sentuhan secara fizikal dan yang paling baiknya dengan pelukan. Malah saya membuat demonstrasi dengan meminta semua yang hadir bangun dan cuba memeluk diri mereka sendiri.
Saya bertanya kepada mereka apakah perasaan apabila dipeluk. Mereka jawab seronok. Ada yang menjawab merasa diri mereka diperlukan. Kemudian saya meminta mereka berpelukan antara ibu atau bapa dengan anak-anak mereka.
Permintaan saya ini tidak disambut dengan segera. Ramai yang merasa begitu janggal walaupun sekadar memeluk anak mereka sendiri. Setelah permintaan saya diulangi dan diyakinkan bahawa berpelukan begitu sebenarnya satu tanda kasih sayang.
Maka satu demi satu mereka mula mendekati satu sama lain dan mula berpelukan. Percayalah saya tidak pernah melihat keadaan yang begitu terharu sekali. Begitu ramai anak dan ibu bapa yang menangis apabila mereka berpelukan. Pelukan yang begitu lama diharapkan tetapi tidak pernah dizahirkan. Hari ini saya telah berjaya membawakan pelukan yang mereka tunggu-tunggu. Saya sendiri turut menitiskan air mata menyaksikan suasana yang sungguh mengkagumkan.
Saya dapat bayangkan telah sekian lama hubungan yang renggang di antara ibu bapa dengan anak-anak mereka telah menjejaskan komunikasi yang sebenar di antara mereka. Biarpun dengan satu pelukan ini, saya percaya saya telah berjaya merapatkan hubungan mereka. Pastinya hubungan yang baik akan dapat memberikan lebih banyak sokongan dan keyakinan kepada anak-anak mereka untuk menghadapi peperiksaan.
Bagi saya matlamat sesi motivasi saya telah berjaya. Apabila bertemu semula dengan ibu bapa yang pernah mendengar ceramah saya dan diberitahu bahawa anaknya telah berjaya mendapat keputusan yang lebih baik daripada dijangkanya, saya bertumpang gembira.
Saya hanya mengharapkan lebih ramai ibu dan bapa memeluk anak-anak mereka dan begitulah sebaliknya. Biar apa juga keadaan keluarga kita, tidak usah menyalahkan orang lain tentang apa yang berlaku. Kita sendiri dapat memberikan kasih sayang, biar dalam bentuk yang berbeza. Kita sendiri bertanggungjawab untuk mencari kebahagiaan untuk keluarga kita.

p/s:Tidak usahlah menjejak kasih dari luar, semuanya ada dalam tangan kita. Mahu atau tidak, itulah yang membezakannya.

Ya Allah Ya Tuhanku... TOLONG!!!!!!!


Tolong beritahu si dia,aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia,cinta agung adalah cintaNya…

Tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapaknya kerana di telapak ibu itu syurga…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupanya…

Tolong ingatkan si dia,aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia,aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sadarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa…

Tolong sadarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sadarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan padanya, aku tak mau menjadi puncak kegagalannya…

Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu membuat dia terlena…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita- citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah pendamping dalam kejayaanku setulus hatinya..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu sendiri memberitahunya..

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia…Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia…

Andai dia seumpama seekor lebah yang senantiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman hati dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya…

Simpanlah pesanan ku ini pada dia, aku akan terus berdoa kepadaMu Ya Allah sehingga ENGKAU ketemu diriku dengan dia suatu hari nanti…