Sunday 11 March 2012

✿Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷNilai Air Mata✿Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ


Air mata..
Zahirnya titisan bening terbit dari pelupuk mata
Mengalir kala kolam sepasang mata tiada mampu mengempangnya


Namun..
Walau hanya titisan air tampak tiada harga
memberi sejuta makna pada pemilik raga
Ekspresi gelojak dan rasa di jiwa


Air mata dan tangis…
Bahasa pertama seorang manusia
untuk dewasa mencari punca
apa ingin dikhabar si kecil tercinta
Inginnya, sakit, lapar,takut, tidak selesa
tangisan dan air mata menjadi bahasa jiwa


Air Mata dan tangis
Kala sanubari dirangkul gembira..
Titis itu cermin terharu dan bahagia
Menggamit insan memandang ikut ceria
menangis gembira hati bahagia


Air Mata…
Kala kesakitan tiada terperi
Titis itulah bercerita pada pemerhati
walau ulas bibir rapat terkunci
cukup buat insan mengerti bahasa hati


Air Mata..
Kala sanubari dihimpit duka
titis itu teman derita setia
meringan beban hati sengsara
Engkaulah teman kala bahagia dan nestapa


Air Mata..
Engkaulah teman rafik raga dan sanubari
Engkau hanya biasa bagi yang tidak mengerti
hakikatnya engkaulah pembela di akhirat nanti
jika gugurmu hanya kerana Ilahi


Air Mata..
Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada YANG ESA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada AZAB DI ALAM BAQA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada AZAB NERAKA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku menghadapi DASYATNYA AKHIRAT SANA

Gugurlah engkau kala KEINSAFAN di atas segala DOSA-DOSA
Gugurlah engkau kala RASA HINANYA diriku di sisi YANG MAHA ESA
Gugurlah engkau kala ku MEMOHON diampun DOSA DAN ALPA
Gugurlah engkau kala ku MERAYU taubatku DITERIMA

Gugurlah engkau kala kumemohon PETUNJUK-NYA
Gugurlah engkau kala kumemohon  segala BANTUA-NYA
Gugurlah engkau kala ku memohon mati dalam RAHMAT-NYA

Gugurlah engkau kala kumemohon menghuni SYURGA-NYA
Gugurlah engkau kala kumengharap REDHA-NYA
Gugurlah engkau kala kumengharap CINTA-NYA
Gugurlah engkau kala kurindu pada PENCIPTA ku YANG NYATA
Gugurlah engkau kala kurindu HAMPIR PADA-NYA
Gugurlah engkau kala ku rindu pada KEKASIH-NYA

Gugurlah engkau kala ku SUJUD pada yang Kuasa
Gugurlah engkau kala ku TADABBUR Kalam yang Esa
Gugurlah engkau kala ku ZIKIR pada Yang Kuasa
Gugurlah engkau kerana YANG ESA


Kerana kuingin setiap titismu menjadi PEMBELA ku
Kerana kuingin setiap titismu menjadi SAKSI ku
Kerana kuingin setiap titismu PENYELAMAT diriku
Kerana kungin setiap titismu MEMBAWA ku KESYURGA idamanku
Kerana kuingin setiap titismu ku DAPAT MELIHAT wajah Rabbku..
Kerana kuingin setiap titismu BAWA BAHAGIA ABADI buatku
WALAU ENGKAU HANYA SETITIS AIR MATA MEMBASAHI PIPIKU...

Namun Nilainya hanya Tuhan sahaja yang tahu..............



No comments:

Post a Comment